Pro Tajdid mengumpulkan tulisan terpilih tentang fenomena tajdid yang melanda dunia Islam.
Apa itu tajdid? Tajdid bagaimana yang kita mahu? Selongkari arkib blog ini untuk jawapannya!

Dengan melanggan blog ini secara e-mel atau RSS, anda akan diberitahu secara automatik apabila ada entri baru di sini.
Anda mempunyai bahan-bahan menarik berkaitan isu tajdid yang mahu dikongsi di sini? Hubungi protajdid [at] gmail [dot] com.

Aku Pijak di Medan Bumi

Oleh Mohd Akhmal Mohd Ali


"Di mana bumi ku pijak, di situ Islam ku junjung!"

Aku selalu dengar sebelum ini "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung". Tapi selepas duduk sekolah Arab, bergaul dengan ulama dan para ustaz, bidalan ini berubah dan lebih bermatlamat. Tidak menafikan maksud asal dari bidalan Melayu tadi, cuma kerangka yang ditambah kemudian menjadikan ianya lebih bermakna dan nampak segar!

Aku masih di Mesir. Walaupun nak menghabiskan Tahun 3 dan 4 memakan hampir lima tahun lamanya. Ramai sahabat-sahabat yang datang saing dulu dah balik Malaysia. Malah dah beranak pinak. Yang mati belum dengar lagi.

Ramai yang suruh aku balik cepat ke Malaysia. Ya, aku sedar dan aku pun nak balik cepat. Siapa nak balik Malaysia jalan kaki? Mesti lambat punya! Tapi Zaki pernah jalan kaki balik rumah dari kuliah di Hussin. Aku tak pernah buat macam Zaki, kerana aku bukan Zaki. Ya, aku akan balik dengan kapal terbang yang memakan masa hampir 12 jam di langit! Macam Kota Bharu ke Johor Bahru. Cepat bukan?

Ramai yang bilang (beritahu) kat aku, "Di Malaysia-lah medan sebenar". Terutama yang berada di Malaysia selalu mengulang-ulang "Malaysia medan sebenar". Aku fikir lama ayat-ayat ini. Agak-agaknya medan aku di Mesir sekarang ni hanya fatamorgana atau ianya medan selera dan medan-medan lain yang bukan medan sebenar.

Ramai yang dah balik Malaysia menarik nafas lega (mungkin) kerana akhirnya mereka diberikan rezeki Allah dapat balik dengan ijazah masing-masing. Namun sedarkah kita bahawa bidalan Melayu yang aku sebut tadi menafikan sekeras-kerasnya teori kau orang yang "Malaysia medan sebenar".

Kalau nak sebut tentang medan sebenar (dakwah, platform) sebenarnya tempat bukanlah ukuran. Yang menjadi ukuran ialah istiqamah (konsisten). Perlahan, laju, bijak, cerdik, lembab semua ini bukanlah ukuran, kerana ia boleh berubah-ubah mengikut suasana. Bahkan iman pun adakalanya bertambah dan berkurang.

Ada satu tahap, dia hanya boleh bekerja dengan menaip. Sampai satu tahap dengan berceramah. Sampai tahu tahap dengan tenaga kemahiran yang ada. Semua ini bergantung dengan kemampuan masing-masing.

Yang berada di Mesir ini juga "medan sebenar". Tiada medan "main-main" dalam kamus hidup seorang yang menggelarkan diri mereka "pendukung Islam". Cukuplah dengan teori kau orang nak ajak ke "medan sebenar".

Catatan Lama Laman utama

 
Setiap tulisan yang ada di sini adalah digalakkan untuk disebarkan. Pro Tajdid direkabentuk oleh Tawel Sensei sambil melayan Radio IKIM.