Pro Tajdid mengumpulkan tulisan terpilih tentang fenomena tajdid yang melanda dunia Islam.
Apa itu tajdid? Tajdid bagaimana yang kita mahu? Selongkari arkib blog ini untuk jawapannya!

Dengan melanggan blog ini secara e-mel atau RSS, anda akan diberitahu secara automatik apabila ada entri baru di sini.
Anda mempunyai bahan-bahan menarik berkaitan isu tajdid yang mahu dikongsi di sini? Hubungi protajdid [at] gmail [dot] com.

3 Pengumumuan

Affiliasi

Blog ini tidak dan tidak akan mempunyai sebarang affiliasi dengan mana-mana laman, blog dan servis yang ada di internet melainkan jika diberitahu dengan jelas, terang dan nyata.

Secara ringkas, setiap pautan yang terdapat di bahagian blogroll laman ini boleh dikelaskan sebagai affiliasi blog Pro Tajdid. Oleh yang demikian, jika anda memasuki laman ini dari mana-mana laman, blog, dan servis yang nampak 'semacam', maka silalah semak sama ada url web tersebut ada atau tidak pada bahagian blogroll.

Jika tiada, maka pihak blog Pro Tajdid menasihatkan supaya mengambil sikap berhati-hati terhadap segala maklumat yang terdapat di sana.

Mengapa Ada Pengumuman Ini?

Beberapa bulan lalu, logo blog ini telah dicuri dan disalahgunakan oleh beberapa pihak tertentu. Logo itu telah diletakkan di sebuah blog, tetapi apabila pengguna mengklik logo tersebut, ia tidak akan membawa ke blog ini. Sebaliknya ia akan membawa anda ke sebuah halaman, yang mana bagi pihak blog Pro Tajdid, laman tersebut tidak mendukung idea tajdid yang patut kita fahami dan amalkan.

Namun demikian, masalah ini sudah selesai. Logo tersebut sudah tiada lagi di blog tersebut.

Kemudian baru-baru ini, ada seorang hamba Allah, yang boleh juga dimetaforakan sebagai seekor 'musang berbulu ayam', telah membuat satu akaun di YouTube. Pemilik akaun tersebut telah membuatkan pautan kepada blog ini. Malangnya kandungan video yang terdapat di sana lebih banyak memuatkan unsur-unsur fitnah, di samping banyak menyindir dan memperlekehkan para ulama. Malah video yang dimuatnaik oleh musang berbulu ayam ini juga telah menggunakan logo blog ini dengan sewenang-wenangnya.

Kepada mereka yang termelawat blog ini melalui akaun YouTube tersebut, ingin ditegaskan bahawa blog ini TIDAK MEMPUNYAI sebarang affiliasi dengan akaun tersebut.

Sebagai penutup, sentiasalah berhati-hati dengan 'musang berbulu ayam' di internet ini, yang kerjanya tidak lain hanya menabur fitnah dan melempar batu sembunyi tangan.

Oh ya, tidak semua musang itu jahat. Ada satu musang yang baik, iaitu Musang Api. Sila tajdid komputer anda dengan Musang Api. Mengapa memilih Musang Api?

Pengumuman Lain

Memang menjadi polisi blog ini untuk lambat update. Ini supaya setiap artikel yang diletakkan di sini dapat dibaca dengan penuh tenang dan tidak tergesa-gesa.

Jika ada artikel berkaitan tajdid yang ingin dikongsi, sila hantarkan melalui e-mel yang terdapat di sebelah kanan laman ini.

Untuk memudahkan kerja anda, boleh juga melanggan blog ini secara emel atau RSS.

Sekian. Wassalam!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

 
Setiap tulisan yang ada di sini adalah digalakkan untuk disebarkan. Pro Tajdid direkabentuk oleh Tawel Sensei sambil melayan Radio IKIM.